Search This Blog

Sunday 16 June 2013

grab small one to get bigger..

ok, selepas tempoh mase yg lame...baru nak update....fuuhhh...

tittle tuh cam my principle for now...i was started with small position to be higher..
dah grad pon aku neh rupenye, dah masuk new phase..alam pekerjaan...quite though for beginning..
skang pon masih cube sesuaikan diri,.. :)

by the way, all the best for every one yg bergelar trainee cam aku,..
and one more thing, i'm now johorean...welcome to new place pijah...
ok, masih sesat carik jalan pulang.. :p

Sunday 10 June 2012

O Allah...s.w.t

Tuhan dosaku menggunung tinggi, Tapi rahmat Mu melangit luas..

Ya! Allah! Kerdilnya aku! Walau bagaimana aku menderhakai mu! Kau tetap melimpahkan rahmat kepada ku! Ya Allah! Kenapa aku sangat keras hati kepada Mu! 

Walau aku terus melupakan dan ingkar akan perintah Mu! Kau tetap melimpahkan rahmat kepada ku! Ya Allah! Kau tetap belas kepada ku!

Walaupun aku sering menghina perintah Mu! Kau tetap memberikan rahmatMu kepada ku!

Ya Allah! Kau lembutkanlah hati ku! Kau berikanlah ia kekuatan untuk terus berada di bawah lembayung rahmatMu! Biarlah aku rapatkan diriku kepada Mu!

Janganlah kau tarik nyawa ku dalam keadaan aku alpa! janganlah kau tarik nyawa ku dalam keadaan aku lupaaa dan mengingkari Mu...

Ya Allah.. aku mengemis kasih Mu....









Aish! masuk habuk lak mata.. : ' )

Saturday 28 January 2012

D-day

uih...kalo ikot tittle tuh cam bunyi hari membahagiakan...tp lain pulak kejadiannye...


sebenarnye tarikh neh adalah top even utk aku pada semester neh...
28 JANUARY 2011, presentation utk design project 1..
kalo ade 1, mesti ade 2 pulak....tuh next semester punyer cite r...


slame 4 bulan tungkus lumus wat kije sume, sampai life pon tak happening langsung..
tittle project aku neh, production oxalic acid via carbohydrates....ala-ala kene design 1 chemical plant r..
with other grup members, project neh siap dengan jayanya...


tp mase presentation, uiiihhhhh~
aku tak sanggup nak ingat balik...hahahahahhaa.....nak nangis pon ade...
bile dah settle sume...yippppiieee~~
lega......hanya tuhan je tahu.....sukeee~


so, aku nak share gambo2 kami yang dah boleh ber'happy'kan diri la...
time stress tuh, lupekan je...chill~




Sunday 25 December 2011

penghujung 2011 =)

uih...dah lame aku tak berkongsi cerita kat sini...
maklumlah, dah jadik final year student neh wat aku sparuh gile,rase 24 jam shari tak cukup..
anyway, dalam tahun neh bayak bende bagus dan tak brape nak bagus dah jadik...
tuh sume perencah kehidupan...(matang sgt cara pemikiran skang..hihihihi...~)

aku jumpe article cam bes ye nak post kat sini...
bes nye sebab aku 'kopipes' je...
heeeee~


Antara 10 Tabiat Rosakkan Otak :
1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


as conclusion, otak kite kene slalu active berpikir....~

Friday 2 September 2011

=) Eid Mubarak (=


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
kepada semua!!!!


Raye tahun neh, MERIAH!!
Sume abang-abang balik raye..sume berkumpol la pada pagi raye..
Suke-suke...kalo tak, musti ade sorang yang baru nak balik kampong bile orang da abes raye..
Spoil mood betol kalo gitu..
So far, raye tahun neh best..ALHAMDULILLAH..
Muge-muge tahun depan, kite maseh berpeluang menikmati raye yang lebih meriah...
keluarga kami kecik je, tapi meriah..:)

Saturday 20 August 2011

'Allah humma barikli fii ramadhan' (^.^)


Rasenye belom terlambat agi aku nak ucapkan
“SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM”
Walaupon skang dah tengah-tengah bulan RAMADHAN..kire tak terlambat lagi la tuh..
Tahun neh aku berpuasa dengan penuh kenikmatan sebab
Sepanjang bulan pose neh aku totally duk kat umah..hehehee...
Kalo ikut lam perhintungan aku la kan, lebih kurang 5 TAHUN dah aku tak pose kat umah..
Balik umah pon, bile dah nak raye dah...sedih betol kalo kenang mase berpose sebagai perantau neh,..
Ari tuh mak aku ade cakap..”tahun neh pose tak membazir, kalo nak banding ngan tahun-tahun sudah..”
Aku mase tuh tengah kusyuk abeskan nasi lam pinggan tanye ngan muke pelik..
“knape ma...?”
Mak aku dengan slumber je jawab..
”yelah, tahun neh ade orang yang abeskan sume lauk-lauk, kalo dulu arapkan abah je..memang tak abes la...”
Aku dengan muke tak bersalah berbicara lam ati..
”ade taraf tong buruk dah kot perot aku ni...hahahahhahha...”
Weh, bukan senang nak dapat peluang makan lauk mak aku masak..ade chance neh,aku bedal sume yang mampu..heheheheh...
Kawan-kawan sume..hidup neh jangan membazir tau...
luvly mama and da best cooker in da world...love u, mmuah!

~chill~

Friday 29 July 2011

"LELAKI itu RUMIT..!!!"


  1. Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.
  2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
  3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.
  4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.
  5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
  6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan. Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..
  7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh. Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
  8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
  9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.
  10. Jika mana-mana lelaki membaca article neh, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar..